Latest Entries »

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya: Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya: Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.Lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. R

Advertisements
  1. SENSIX : ALAT PENDETEKSI ALERGIKetika anda sedang alergi munkin alat ini sangat berguna untuk anda. SENSIX adalah alatyang memonitor dan merespon untuk anak yang menghidap alergi akut (severe allergic reactions). Alat ini memiliki monitor yang secara fizik sangat sesuai untukkanak-kanak..Ketika  reaksi alergi muncul monitor tersebut memperingatkan para ibu bapa atau pengasuhnya dan secara simultan menidentifikasikan  lokasi si anak dan pengobatan yang diperlukan.Alat injector Epinephrine (sejenis ubat alergi)automatik ebih kompak lagi, lebih baik dari EpiPen standard. Alat ini juga mengingatkan para penggunanya bila masanya untuk  (injector) nya perlu diganti.Alat ini juga memiliki monitor yang berupa ikon grafik yang berfungsi untuk mengidentifikasi makanan atau  zat zat penyebab alergi (allergens).Alat ini diciptakan oleh Essential design yang memenangi bronze International Design Excellence Award.



 

 

 

 

 

2. Konsep Telefon Bimbit  Untuk Penghidap Tuna Netra

Telepon bimbit sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Cuba bayangkan  kalau kita tidak mampu untuk melihat secara jelas angka-angka  dan huruf-huruf  yang ada di hangphone kita.Pasti rumitkan? Banyak para penderita Tuna Netra tidak berkemampuan untuk mengenali sesuatu misalnya pancaran warna. Takumi Yoshida menciptakan telefon bimbit  yang menggunakan teknologi tersebut.Ia menggunakan Iluminasi warna dan keypad yang dapat dikenali oleh para penderita Tuna Netra tersebut yang ia namakan SENS. Dengan bantuan cahaya tadi para pengguna Tuna Netra dapat melihat melihat teks  kecil di skrin. Lampu iluminasi tersebut ditempatkan di sisi samping badan telefon bimbit  dimana bahagian itulah yang paling Nampak ketika telefon bimbit diletakan di atas permukaan datar.

 

 

 

 

 

 

 

 

3.Dapur Rumah Mesra Alam


 

Diciptakanlah sebuah Modul Dapur oleh Kate Jaclin dari Queensland University of Technology yang tujuannya menciptakan dapur yang dengan taman mini dapat menghubungkan para penggunanya dengan alam dan memerlukan  sumber daya seperti air dan tenaga . Jadi air limbah dari dapur ini dapat di kitar semula melalui Tenaga Matahari yang kemudian dapat digunakan kembali sementara sampah organik dapat digunakan sebagai baja  untuk tanaman sayuran yang terdapat dalam dapur ini.Dapur ini dapat digunakan dengan mudah kerana  menggunakan bahan bio plastik. Dapur ini juga direka cipta dengan mengutamakan keselamatan para penggunanya.

 

 

 

 

 

4) Pengecas Elektrik dengan Hidrogen dan Oksigen

Eco Power Strip merupakan sebuah alat penemuan baru yang berfungsi untuk mengisi  tenaga  gajet  Anda. Teknologi yang dipergunakan iaitu menggunakan oksigen dan hidrogen dalam bioetanol. Alat mesra alam  ini diciptakan oleh Sungi Kim, Jooyeon Kim, dan Jun Hyuck Choi.
Adanya dua kaki pada alat tersebut memiliki fungsi sebagai input dan output yang berbentuk seperti gelas kaca, ditambah satu daya outlet bar (tempat tancepan listrik). Diharapkan dengan adanya teknologi canggih seperti ini, mampu membangkitkan sebuat penciptaan hal baru yang mesra alam.

5) PENDULUM, ALAT SUKAN YANG CANGGIH

Alat ini diciptakan untuk generasi  muda, yang mengejar pola hidup lebih sihat tanpa mengabaikan gaya PEND terkini.Pendulum adalah sejenis alat sukan yang fleksibel yang diciptakan baik untuk sukan dan alat untuk merehatkan minda.Alat in sangat ringkas tapi memiliki fungsi yang signifikan, yang memberikan kesempatan untuk kehidupan yang lebih baik  dan meningkatkan pengalaman positif bagi para penggunannya.

 

 

 

 

 

 

 

6. Mesin cuci Unik Bersofa

Di reka oleh Harsha Vardhan dari New Delhi India .Mesin  cuci alternatif ini adalah konsep mesin cuci yang berfungsi juga sebagai sofa.Mesin  ini memiliki dua fungsi  operasi,aktif dan pasif,yang keduanya memungkinkan anda untuk duduk di atas mesin cuci ini. Mesin ini tidak memerlukan sabun dan air, bahagian dalam mesin ini berfungsi sebagai “pressure washer “ dan juga membersihkan pakaian dengan udara yang dionisasi yang bererti tidak perlu mengeringkan pakaian anda juga.Jadi mesin ini adalah alat yang unik untuk mengjimat penggunaan air .

 

 

 

 

 

7.Lapangan golf Dalaman yang  terbesar di dunia di tahun 2011

Konsep lapangan golf ini akan dirasmikan pada tahun 2011 dan akan menjadi salah satu tempat terbaik untuk bermain golf sambil bersantai bagi anda. Pusat golf  ini  telah  dibangun di Belanda dengan 34  pusat  pada kawasan yang seluas 15.000 meter persegi , yang dilengkapi dengan pusat membeli belah , sauna dan spa. Lokasi lapangan golf ini belum ditentukan .

 

 

 

 

 

 

8. MEJA KOMPUTER MAC

Banyak pilihan yang tersedia di internet untuk laptop gaya dan elegan. tapi jika anda menginginkan sesuatu yang unik yang boleh anda pamerkan pada  rakan-rakan anda maka anda memerlukan”Table Mac Computer”. Laptop ini tidak memerlukan keyboard dan sangat praktis untuk para professional, seniman dan para IT. Bahagian yang paling menarik  adalah 13.3 inci widescreen LCD yang memungkinkan penggunanya untuk menulis dengan ballpoint .Laptop canggih ini akan dipasarkan dengan semua aksesori penting seperti internal CD/DVD combo drive,bluetooth,Wi-Fi dan GPS.

 

 

 

 

 

 

 

9. Kereta yang berkonsepkan  Audi Auto Union

Rekaan canggih dari Lukas Vanek seorang  jurutera muda dari Republik Ceko. Konsep 2008 Auto Union Type-D ini dipengaruhi oleh reka cipta kereta 70 tahun lalu dan diperbuat daripada  dua material yang berbeza iaitu  serat carbon dan logam. Bahagian strukturnya dibuat dengan bahan (serat carbon) dan penapisnya dibalut dengan logam. Kereta ini dilengkapi dengan mesin 6.5 liter dengan 12 silinder yang dapat menghasilkan daya 478 KW . Kereta ini dapat  memecut dengan halaju 186 KM/J.

 

 

 

 

 

10) Papan Kekunci Masa Depan

Konsep Keyboard Masa Depan Unik dan Canggih. Berbagai konsep teknologi canggih masa depan dirancang jurutera teknologi, kali ini jutera Rusia Marat Kudryavstev memiliki idea yang berbez iaitu konsep Gadget Komunikasi terbaru Keyboard masa depan. Konsep unik Keyboard masa depan ini dapat digunakan pada permukaan datar, dengan bentuk hampir sama dengan konsep ebook masa depan. Konsep gadget yang menghubungkan dengan server ISQ dan menghasilkan  gambar pada beberapa permukaan datar.



 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum wbkt..

Di atas merupakan gambar-gambar dari model bahan bantu mengajar saya. Ia adalah model gempa bumi(earthquake).Model ini bertujuan untuk menunjukkan gambaran sebenar kepada pelajar-pelajar nanti bagaimana proses gempa bumi boleh berlaku.Model ini dihasilkan daripada beberapa helai kertas yang kemudiannya dilipat-lipat sehingga menjadi bentuk segi empat seperti yang anda lihat. Pada mulanya, saya tidak merancang untuk membuat model ini,tapi setelah kawan baik saya, Nur Amira Md Isa  memberi idea mengenai model ini ,saya cuba melakukannya,dan inilah hasilnya.Sebelum ini,saya merancang untuk membuat model bahan bantu mengajar yang lain,tetapi disebabkan tidak menjadi dan terdapat beberapa masalah,rancangan saya terpaksa ditukar.Semoga model Gempa Bumi saya ini dapat membantu serba sedikit pelajar memahami bagaimana proses gempa bumi berlaku…sekian,wassalam..

 

 

Assalamualaikum WBKT…

Dibawah ini merupkan gambar contoh kulit buku yang telah saya berjaya siapkan untuk tugasan individu Teknologi Pendidikan. Kulit buku ini saya hasilkan melalui perisian Adobe Photoshop.Pada mulanya,percubaan saya menghasilkan kulit buku gagal apabila saya menggunakan perisian Photoscape. Tetapi,setelah mendapat tunjuk ajar dari bsahabat-sahabat seperjuangan dan teman baik saya,akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Walaupun susah dan agak leceh, tetapi saya berasa puas hati terhadap hasilnya. Semoga contoh kulit buku ini dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. Sekian…..

 

 

 

MANISAH BT OMAR(A127862)

gambar inovasi

ChurpChurp Social Share » Are YOU the Most Wanted? Preview.

GE 2153

REFLEKSI UNTUK TUGASAN MINGGU KE-2

Assalamualaikum wbkt…

Pada minggu ini, saya dan kawan-kawan saya  ingatkan tutorial dah bermula.Jadi dalam pukul 9 lebih,hari jumaat (sepatutnya kelas pukul 8 pagi,tapi lewat bangun) saya pun datang ke makmal 4 fakulti pndidikan.Setibanya saya di sana,saya dapati tiada hanya kawan-kawan saya sahaja yang ada.Saya berasa hairan kerana kenapa  kelas tidak bermula lagi. Rupa-rupanya, tutorial bermula pada minggu depan. Jadi,tiada kelas pada hari tersebut..dan kami hanya kelas di KTAMS.(pergi makan..heheee)… dan pada pukul 10.00 pagi, kami pergi ke dewan budiman untuk kuliah pertama subjek ini…Pada hari tersebut,kami hanya diberi penerangan mengenai t konsep teknologi pendidikan, kegunaannya dalam pendidikan dan kepentingan teknologi dalam pendidikan kita….Keseluruhannya, kami dapat banyak pengalaman dan menyedari kepentingan teknologi dalam pendidikan…

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin. 

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

“Kenapa saya?” tanya Syazni ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Syazni sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“PERJUANGAN, ” jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

sumber: http://www.iluvislam.com

Awak cakap saya tak cantik?!”

“Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!”
Begitulah satu babak dalam filem ‘Cuti-cuti Cinta’, dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!
Apa kata kita?
Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.
Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It’s a lame joke, with double meaning. And more. it’s not funny!
Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada ‘ehem-ehem’ Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!
Ekploitasi Wanita
Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.
Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.
Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya ‘mempromosi kecantikan’ wanita.
Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki ‘pencinta wanita’, malah kanak-kanak juga!
Pengaruh kepada kanak-kanak
“Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?”
Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?
Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?
Janganlah murah sangat!
Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!
Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..
..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)