Archive for August, 2010


Malas toi r pose….

malas toi aku nak puasa…

puasa…ape kite rase time pose ni??nak wat kerja2 berat nak ke?nak bersukan?huishhh…penat tu..nak pegi kelas jalan kaki?mals giler…nak daki tangga kolej ibu zain??hadui…rase macam nak berbuka je…ni la keluhan yang kite dengar..bile pose ni..tido memang best..perut kosong..memang nyenyak r tido…

nak kongsi 1 cerita….

tentang hamid bourguiba..sahabat2 kenal??

die ni la tokoh islam yang tersohor…haha..cet..sebenarnye die ni la presiden tunisia 1957 hingga 1987. pada tahun 1961 die dah buat 1 tindakan drastik kepada penjawat awam negara die..die melarang penjawat awam diorg berpuasa!!!..nak tunjuk die ni memang betoi2 serius..die bersama kabinetnye makan lunch live kat t.v(tau pulak nak berjemaah.huhu)nak tau alasan pe yg die pakai untuk melarang penjawat awam negara die ni pose??nak ke tak aku cite je la ek??huhu.alasannye sebab dengan puasa ni menyebabkan penjawat awam negara die tak produktif..logik ke??memang tak logik..sedangkan perang badar pun berlaku time bulan ramadan kan?menang pulak tu..

kalu ikut sejarah sememangnye tak logik langsung perbuatan pak hamid tu..tapi kite kembali kepada keluhan yang kat atas td..memang kite tak boleh melawan ape yg si hamid tu ckp kalu berdasarkan situasi sekarang ni..memang umat islam tak produktif time bulan pose ni..jadi..saye menyeru diri saye n sahabat2 untuk bersama2 menangkis kate2 hamid bourguiba tu..kite buktikan umat islam sangat produktif time bulan ramadan ni..semakin rajin belajar.semakn tangkas buat kerja.semakin laju berlari..dan yang penting semakin produktif beribadah kepada ALLAH swt..

‘puasa pemangkin produktiviti berkesan’

share dari:http://ikutsukaati aku.blogspot
Advertisements

Santapan Rohani

Ops..Nampak macam terlampau lama aku tak update blog ni. Agak sibuk dengan perkara2 dunia sekarang ni. Maaf kepada pembaca2 blog aku yang setia (padahal takde pun). Aku seperti tak berkesempatan sangat nak update. Al Maklum la hidup bujang tanpa internet. Lain la kalau ada kalangan korang yang nak sponsor laptop beserta broadband kat aku.haha.

Seperti yang aku katakan pada entry di awal ramadan dulu aku nak ceritakan tentang tahap2 puasa berdasarkan petikan kitab ihya’ ulumuddin oleh Imam Al Ghazalli. So sekarang ni masa aku untuk menebus hutang aku tu.

Imam Al Ghazalli membahagikan puasa kepada 3 tahap :

1. Puasa awam
2. Puasa Khawwas (khas)
3. Puasa Khawasil khawwas (khusus lagi khusus)

1.Maksud puasa am ni mesti korang dah boleh agak. Nama pun awam. Ala..macam tandas awam. Siapa pun boleh masuk. Tiada pangkat. Geng2 yang puasa pada tahap ni just perut je tahan dan tekak dari lapar dan dahaga. Kalau nak lagi tepat maksudnya ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. Kira ni puasa pada tahap yang paling rendah la.

Memang tempat mengosongkan perut pun.haha

2. Puasa khas ni aku istilahkan sebagai puasa VIP.Puasa VIP ni memang advance la dari puasa awam ni. Bukan je perut je tahan. Semua anggota pun turut bertahan dari melakukan perkara2 maksiat.Orang pada tahan ni mampu menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Orang yang puasa pada tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Layanan high class

3.Puasa khas lagi khas ni aku istilahkan sebagai puasa VVIP. Orang2 pada tahap ni pula dapat menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Golongan Arbab Al Qulub ( Penyerahan hati nurani kepada ALLAH) berkata

Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.

Bertambah high class

Untuk kita mencapai tahap ketiga ni memang susah la. So kita cuba untuk mencapai pada tahap kedua ni. Imam Al Ghazalli ada juga menyatakan 6 kaedah untuk mencapai puasa tahap khusus ni. Apa lagi.. Copy je la..hehe

  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

So setelah aku ceritakan tahap2 puasa ni puasa ni. Aku mengajak korang2 semua join aku untuk memikirkan kembali di mana tahap puasa kita? Adakah mata kita masih melihat awek2 cun di jalanan? Adakah lidah kita masih mengumpat dan memburukkan orang lain? Adakah telinga kita masih mendengar perkara2 lagha? Adakah kaki kita masih berjalan ke arah kemaksiatan? Adakah tangan kita masih menaip mesej kepada insan2 ajnabi? Adakah hati kita masih teringat akan juadah berbuka? Ke teringat si dia yang kesepian? Atau teringat baju kurung yang masih belum siap untuk digayakan di pagi raya? Ahh..terlalu banyak dosa di bulan barakah ni.. Adakah kita hanya berlapar dahaga tanpa sebarang erti??

wallahualam…

Puasa??For what??

Melihat kepada keberlumbaan teman2 di Facebook yang mengucapkan selamat berpuasa kepada teman2 Facebook masing2 membuatkan aku terdetik terfikir adakah status yang kita buat tu adalah sebenar2 apa yang kita maksudkan dari penulisan status tu ataupun hanya sekadar untuk mengikut arus dan status rakan2 lain di laman sosial popular tu. Adakah kata2 selamat berpuasa dan selamat beribadah itu meresap dalam sanubari kita? Adakah kita telah memulakan langkah pertama ibadah kita seawal malam 1 Ramadan ini? Ataupun kita masih enak beronline dan mengupload gambar2 sekitar konvokesyen yang baru berlangsung?


Di sini aku ingin mencoret sikit tentang Ibadah puasa ni. Sebenarnya benda biasa je pun. Yang saban tahun kita boleh dengar pabila tibanya bulan yang dikatakan madrasah tarbiyyah ini. Mari kita lihat ayat yang digunakan oleh para ulama’ untuk mengistimbat hukum berpuasa ini..

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa ”

(Al-Baqarah :183 )

Aku nak bercakap sikit tentang ayat yang aku boldkan kat atas ni. Apa tujuan kita disyariatkan berpuasa? Bermula dengan “wahai orang2 yang beriman”. Seterusnya “diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa” dan diakhiri dengan “agar kamu sekalian bertaqwa”.

Aku cuba kaitkan dengan proses yang biasa berlaku de sekitar kita. Apa2 la.. Makan ke, buat ketul ais ke, buat kuih raya ke.. Semua mengikut resmi yang sama. Terdapat input, proses dan output. Kita bercakap tentang input terlebih dahulu. Dalam proses tarbiyah ramadan ini inputnya adalah “orang2 beriman” seperti ayat yang terdapat diatas. Bukan dikatakan orang Islam tetapi orang beriman. So kalau ada orang islam tu tak puasa tanpa keuzuran agak2 dia tu beriman tak?? Tapi aku rasa insyaallah kita semua ni tergolong dari golongan orang2 yang beriman. So dah lepas syarat untuk menjadi input dalam proses tarbiyyah Ramadan ni.

Seterusnya kita masuk pulak kepada proses yang berlaku. Proses ni mengambil masa sekitar 29 hari untuk menghasilkan output yang kita belum pasti produk gagal ataupun produk berjaya. Dalam proses ni ada 3 kategori tahap yang dikatakan mengikut Imam Al Ghazali dalam karyanya iaitu Ihya Ulumuddin. Pertama puasa umum, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khusus lagi khusus. Tentang keterangan untuk 3 kategori ni. Nanti aku cerita kat entry lain.Tungggu…. Dalam proses ni kita mendapat banyak kelebihan. Semuanya dilipatgandakan. Nak2 pulak kalau kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masyuk siot.. Dalam proses ni kalau rasa nak menjadi output yang bejaya kelak kena la mempertingkatkan ibadah. Buat la overtime sikit2. Macam2 boleh buat dari sekecil perkara sehingga sebesar2 perkara..

Now kita akan masuk kepada output yang kita harap2 kan untuk terhasil. Seperti ayat diatas output yang diharapkan adalah untuk melahirkan insan2 yang penuh ketakwaan. Sekarang apa yang kita faham tentang takwa?? Takwa dari segi bahasa dikatakan takut kepada Allah. Ada juga yang menafsirkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Seterusnya aku copy paste sikit tentang kata2 ulama’ yang berkait dengan takwa ni..

* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.

* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.

* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.

* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.

* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.

* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.

Setelah mengetahui tentang proses yang berlaku di atas ni cuba kita selidiki dan renung kembali. Setelah beberapa kali kita mengikuti proses ini sejak kecila adakah kita telah menjadi output yang berjaya? Atau kita hanya sekadar berjaya untuk merasai lapar dan dahaga? Ataupun kita hanya menanti tibanya Raya? Ke kita menanti berbuka percuma di masjid2 sekitar kita? Jadi untuk Ramadan kali ini bersama kta berusaha menuju ke arah output yang diharapkan selari dengan firman Allah seperti di atas tadi..Jangan kita hanya bersemangat di awal Ramadan ni je tapi di pertengahan kelak “habuk pun trak!!”

wallhualam…

Alhamdullillah,syukur ke hadrat Illahi kerana izinya saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan seterusya iaitu membuat excel. Sebenarnya, saya dan dua lagi kawan saya sudah sedikit terlewat menyiapkan tugasan  ini berbanding dengan rakan -rakan yang lain..Ini disebabkan kami sering terlewat masuk kelas pada setiap hari isnin.Sebenarnya, kami sedih dan berat hati untuk masuk lewat ke kelas,tapi memang tak dapat dielakkan kerana sebelum kelas ini,kami ada kelas di FST dari pukul 2-3petang.Jadi,kami mengambil sedikit masa untuk pergi ke kelas Komputer dalam Pendidikan yang bertempat di makmal 3,fakulti pendidikan.Cuba bayangkan ,betapa kelam kabutnya kami nak solat zohor lagi,nak kejar bas lagi dan kadang-kadang jika tiada bas,terpaksa lah kami berjalan kaki dari FST ke Fpend, tapi cepat macammana pon kami tetap lambat juga ke kelas.huhu…Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan  waktu itu..Tetapi  semua penat lelah,gelisah dan risau kami itu tiba-tiba hilang,diterbangkan angin apabila setiap kali menjejakkan kaki di kelas.Ini kerana pensyarah kami,Dr Rosseni mahupun Cik Aida sentiasa memahami dan bertolak ansur dengan kelewatan kami ke kelas.Alangkah bersyukur dan leganya kami mendapat 2 orang pensyarah yang baik hati seperti mereka.Walauapapun,kami akan sedaya upaya sampai awal ke kelas,sebab kami tidak mahiu ketinggalan lagi dari kawan-kawan yang lain.Bagi tugasan minggu ini pula,pada awalnya,agak sukar untuk menyiapkan .Ini mungkin kerana kami tak nampak lagi bagaimana nak letakkan formula bagi stiap cell dalam Excel tersebut.Tapi setelah mendapat tunjuk ajar dari Cik Aida serta mendapat pertolongan dari kawan-kawan sekelas, saya berjaya memahami dan menyiapkan tugasan membuat Excel ini.Akhir kata semoga pelajaran minggu ini akan saya ingat dan manfaatkan sepanjang hidupn saya kelak….InshaAllah……

ini secara keseluruhan daripada tugasan excel saya:

ini merupakan hasil kerja saya: Aktivity minggu ke7-power point

ReFLEksi minggu ke7

ASSALAMUALAIKUM….ni adalah tugasan minggu yang ke7 iaitu power point.. Alhamdulillah..akhirnya saye berjaya juga menyiapkantugasan power point ini walaupun terpaksa tidur lambat dan bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan ini.Pada mulanya,saya berasa tugasan ini amat susah dan agak sukar untuk saya melaksanakannya.Tetapi,setelah berusaha sedaya upaya yang terbaik..Pada pendapat saya,.perkara yang agak sukar dilakukan adalah membuat hyperlink.Banyak kali juga salah buat,tapi berkat tunjuk ajar kawan2 saya,dapat saya lakukan.Pengalaman ini akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak.Alhamdullillah,akhirnye berjaya juga siapkannya.Diharap pengalaman membuat power point ini sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk melakukan bahan pengajaran semasa menjadi seorang guru kelak.Akhir kata,jika ada kesilapan,maafkanlah saya kerana saya budak baru belajar.Sekian,w

Assalamualaikum wbkt…

Hari isnin merupakan hari yang paling memenatkan bagiku dan kawan-kawan…seperti hari isnin yang lepas2, aku dan kawanku pergi bergegas ke  makmal 3 seperti biasa….tapi,kami sangat hampa apabila kelas kosong dan seperti tiada kelas pada waktu itu..Tanye punye tanye,rupe2nye kelas pada petang tu dah dibatalkan sebab pensyarah-pensyarah fakulti pendidikan menghadiri konvokesyen akak2 senior FPEND.Tapi,kami tak ditinggalkan begitu saje,kami dibekalkan dengan assignment untuk membuat brochure mengenai bagaimana hendak mencari maklumat di ptsl,iaitu pembelajaran minggu lepas.Paling menarik kami ,adalah hadiah misteri akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya membuat brochure yang paling cantik & menarik.Lantas,petang tu jugak kami memeras otak dan keringat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan secepat mungkin…Akirnye,kira2 dalam pukul 4 lebih nak dekat pukul 5,kami berjaya siapkan isi2 dalam brochure kami….cume ,perlu diedit sedikit-sedikit saja..Sepanjang membuat brochure itu,kami berasa sangat teruja dan sangat2 bersemangat untuk menyiapkan tugasan itu….walaubagaimanapun,pengalaman yang kami dapat,kami akan gunakan pada masa kan datang..INshaAlaah….Itu sahaja yang dapat saya coretkan untuk refleksi minggu ini.

ASSIGNMENT WEEK 4

1.  Author’s name        :ALEXANDER, B.

Date of published           :1 December 2006

Title of the book/journal:A new wave of innovation for teaching and learning

Place of Published          : Boulder, USA.

Publisher’s name           :  EDUACA

2. Author’s name           :BECKETT, D. 2006.

Date of published           :16-19 May 2006

Title of book/journal     :Semantics Through the Tag

Place of published          :Amsterdam, Netherlands

Publisher’s name         :XTech press

3. Author’s name       :Yuen, S.C. & Yuen, P.

Date of published        :2008

Title of book/journal     :Web 2.0 in Education

Place of published       :The University of Southern Mississippi, USA

Publisher’s name         :Chesapeake, VA: AACE.

4.Author’s Name         :Lee, M.J. & McLoughlin, C.

Date of published        :2008

Title of book/ journal   :Harnessing the affordances of Web 2.0 and social software tools: Can                                   we finally make “student-centered” learning a reality?

Place of published       :Australian Catholic University, Australia and Charles Sturt University,                                     Australia

Publisher’s Name         :Chesapeake, VA: AACE.

REFLEKSI

Alhamdulillah..dapat juga akhirnye saya siapkan walaupun sudah terlewat..pada pandangan saya..assignment ke-4 nie banyak membantu saya membuat rujukan apabila hendak membuat tesis nanti…semoga pengalaman ini berguna semasa saya berada di tahun 3 dan 4 nanti…




ASSIGNMENT WEEK 3

IMPLICATION OF WEB 2.0

i) To make the students know what is the web 2.0

ii) To make the students familiar with web 2.0,especially in education

iii) To make students know what are the implication web 2.0 in education.

1) DEFINITION OF WEB 2.0(WIKIPEDIA

– function as second generation of internet based services (such as social networking sites,wikis,communication tools and folksonomies that emphasizes online colloboration and sharing sharing among users.

ii) CHARACTERISTICS

  • blogging
  • Ajax and other new technologies
  • Google Base and other free Web Services
  • RSS-generated syndication
  • social bookmarking
  • mash ups
  • wikis and other collaborative applications
  • dynamic as opposed to static site content
  • interactive encyclopedias and dictionaries
  • ease of data creation, modification or deletion by individual users
  • advanced gaming.

iii) IMPLICATION IN EDUCATION

1) GOOD IMPLICATION

-group work can often be aided by having social software available

-students can create significantly good course materials using web 2.0

-as tool for mediating mechanisms between colloborating students and teachers.

-students become independent learners (develop strategies and plan how to achieve true goals.)

– as new pedagogies and new assesment methods.

-networking and colloboration gives rise to new interaction between teachers and students.

research for the changing role of actors and institutions.

-monitoring the evolution of practise the rise of inovations.

-social network (Peer to Peer)-P2P

-instutional shift to service, speed & market response

-issues of quality, IP and accrediation.

2) Bad Implications

– students become too depends on internet(web 2.0)

– some of students maybe become excited with the new web 2.0 untill they do not revise their studies.

-become too socialized with the social networks such as Facebook,Blogs,and etc..

– increase in group effectiveness, increase in time required to complete the tasks and decrease in group satisfactory.

– the performances in the studies will be affected.

-corrupt the minds of the young people that are exposed to them but also it paves the way for the degradation of human dignity.

-it also strains the moral make up of society.

-a venue for the infringement of  copyright.

-students become more lazy and only depends to internet.

CONCLUSION

-In a nutshell,this web 2.o is a beneficial technology in education, especially the teachers and the students but there should be some ways to ensure that this technology do not be spoiled by the irresponsible people out there.