orng kater,xkenal,maka xcinta…..hheehe..so..meh kiter taa’ruf dulu k???(^-^)

Assalamualaikum wbkt..

Erm,korang ingat xlagi ader satu watak heroin dalam cter P.Ramlee,Masam2 Manis? Ha,mungkin mak & ayah aku minat sangat dengan watak dalam cerita tu,jadi bagi lah namaku..manisah..so,jadilah namea  aku sekarang…..manisah bt omar….Kwan2 n sedare2 mare aku panggil aku manis …(walaupun rupa xmanis sangat kan..heheh.).aku merupakan anak pasangan bahagia pak cik omar dan mak cik aminah…Aku         dilahirkan tepat jam 12.30 tengahhari di hospital machang,kelantan pada 25 februari 1989…..(saper nak kasi hadiah mase bufday,dialu2kan)…Kalau dalam kalendar islam,aku dilahirkan pada bulan     rabiulawal….ermmmm…Tapi,sekarang aku & kelurga menetap di Kuala lipis,Pahang….(alaa..dekat umah Dato’ Siti Nurhaliza….saper2 nak kirim salam kat Dato’ Ct,bolehlah…hehe)

Hasil daripada perkahwinan bahagia antara pak cik omar dan mak cik aminah, maka lahirlah 5 orang cahaya mata yang cute mute…hehe..kalu ikutkan,ader seorang lelaki dan 4 orang perempuan dalam family aku nie… .dan aku merupakan anak yang ke-4 dalam keluarga.Mungkin disebabkan jarak antara abangku dengan aku,aku menjadi anak yang paling manja dalam keluargaku..(asyik berkepit ngan mak jer biler balik rumah….).sooo..memang bez lah balik umah…lagi bez kalau 4 orang anak sedara aku balik jugak..boleh runtuhr umah sebab terlampau meriah dengan telatah diaorang…

Pasal penddidikan pulak,mule2..aku tadika kat kelantan..then,mase darjah Satu,aku & famili kene ikut ayah aku pindah kat kuala lipis,pahang….So,mase darjah 1 sampai 6 kat Sekolah Kebangsaan Clifford,then biler time form 1 sampailah form 3,sekolah kat Sekolah menengah Clifford….pastu,aku dapat 8A dalam PMR,dapatlah pergi MRSM Kuantan….Pas abis form 5,aku pergi ke Matrikulasi Pahang(KMPh)selama 2 tahun(PDT)….Habis jer matrikulasi,barulah masuk ke UKM nie dalam jurusan pendidikan program kimia…,InshaAllah,kalau xade2 ape aral,aku akan grad pada tahun 2012 nanti…..(doakan kejayaanku..)..

Dalam banyak2 tahap pendidikan aku nie,yang paling seronok sekali adalah  masa sekolah menengah dan masa kat  matrik dulu…Banyak  suka duka dan pahit manis yang dicoretkan dalam ingatan ini…Walaupun dah lamer,segala memori-memori pahit & manis akan terus terpahat dalam ingatanku(cewah,jiwang pulak dah…) ermmm….kalau mase time sekolah2 dulu,aku sangat aktif dalam mewakili sekolah dalam  pertandingan nasyid …xkirelah pertandingan nasyid tu kat maner,mesti aku xkan lepas peluang untuk join….Alhamdulillah,dalam banyak2 pertandingan, ada lah jugak aku dapat menang tempat pertama,kedua,ketiga dan solo terbaik…..Kejayaan yang paling besar dan manis dalam hidupku apabila diumumkan sebagai solo terbaik nasyid dalam pertandingan nasyid  kebangsaan yang diadakan antara semua MRSM seluruh negara pada tahun 2006….

Kisah hidup aku xkan lengkap kalau xceriter pasal seorang kawan baik aku nie…. Nama die….Nur Amira Md Isa,asal dari Sungai Petani,Kedah…..orangnyer kecik molek jer,tapi kalau tengah marah,siaplah,lalat pon takut nak dekat…..Tapi walaupun macamtu,aku tetap sayang kat dia….Dialah seorang sahabat  yang sentiasa berada ketika aku dalam susah ataupun senang..Aku kenal dia mase kat MRSM Kuantan,…mase tu aku dan die dok dalam kelas yang sama…dan sekarang nie,die sedang belajar kat UIA dalam jurusan Kejuteraan dan juga berada dalam tahun 2….ermmmm…Pejam celik(2x),rupe2nyer dah dekat 5 tahun kami jadi kawan baik……Aku harap,walaupon nanti masing2 akan ada keluarga sendiri,tapi ukhwah yang terjalin antara kami akan tetap terus terjalin sampailah  ke akhir hayat kami…(ukhwah fillah abadan abadaa)Insha Allah..

So,selama hampir 21 tahun aku hidup di atas muka bumi nie….kadang2 tertanya2  sudahkah aku laksanakan semua tanggungjawab aku kepada Allah SWT,kepada kedua orang tuaku,keluargaku,sahabat2ku,dan paling umum..masyarakat,agama,bangsa dan negara…Terdetik dalam hati ini….aku hanya hamba yang kerdil dalam alam ini…dan xpernah lari dari kesilapan dan dosa…Dalam setiap tahun,bulan,minggu,hari,jam dan saat….berapa banyakkah kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan di dunia yang Fana’ ini??Sudah culupkah amal ibadat dan bekalan yang akan aku bawa ke alam sana nanti???Bila muhasabah balik diri ini…terlalu banyak lagi kelemahan dan kesilapan dalam diri ini perlu dibaiki….semoga dikurniakan dalam hidup aku suatu hari nanti seseorang yang boleh menjadi petunjuk dan pendamping dalam menuju ke syurga yang hakiki..amiinnn(inshaAllah)….

Advertisements