Category: MUHASABAH DIRI


~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin. 

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

“Kenapa saya?” tanya Syazni ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Syazni sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“PERJUANGAN, ” jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

sumber: http://www.iluvislam.com

Parti buih ataupun “Bubble party” dalam “mother tounge” aku adalah perkara yang sinonim di negara barat. Tapi dekat malaysia pun dah ada dah. Biasa la.. Malaysia kan negara membangun. kalau tiada pesta2 macam ni, kuno la. Tak up to date la kan. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Tapi nak cerita tentang pesta buih yang lain. mari kita merujuk hadith nabi ni..

“Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”. (Silsilah hadist shahih no.958).
Ya. Lihatlah kalian semua. sememangnya terjadi kini apa yang diungkapkan oleh junjungan besar kita lebih 1400 tahun dahulu bahawa kita ni ibarat buih2 di lautan. Jangan kata menanti kapal sebesar Semenanjung Malaysia menghentam, bahkan cukup sekadar ranting kayu yang kecil sudah mampu memecahkan buih2 di lautan itu. Mereka tidak perlu meghantar batalion askar untuk menghancurkan kita. Cukuplah dengan memberi sebiji bola pun mampu membuatkan beribu buih2 itu meninggalkan solat maghrib. Mereka hanya perlu memberi telefon bimbit sudah mampu membuatkan kita bergayut dengan ajnabi sehingga ke subuh hari. Merka hanya perlu memberikan McD untuk membuatkan sang anak2 buih akan meronta untuk singgah membeli makanan jasmani tapi mustahil akan meronta untuk menyinggahi masjid mengambil makanan rohani TANPA PERLU MEMBELI!!.
Lantas akan Allah tanamkan dihati kita akan penyakit wahan itu. Penyakit yang semakin menular dalam kalangan umat islam a.k.a buih ini. Tak perlu la nak berhipokrasi wahai aku dan kamu. Sebab aku pun sama je macam kamu. Siapa antara kita yang tak takut mati?? rata2 kita lebih sayangkan kehidupan dunia kita berbanding membuat persiapan untuk menghadapi saat yang pasti tiba itu. Tapi sudah lupakah kita dengan kalam Allah yang mengatakan bahawa andai kita lebih mencintai dunia ini lebih daripada Allah, Rasul dan Jihad dijalannya maka kita akan menunggu saat pembalasan dari Allah??
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”
(At Taubah : 24)
Oleh itu tibalah saat untuk kita mengkoreksi diri. Jangan sesekali berfikiran bahawa masa sudah terlambat. Aku dah terlalu banyak melakukan dosa. Tiada peluang lagi bagi aku. Semua itu adalah alasan untuk kita melengahkan masa untuk bertaubat.
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud :3)
Oleh itu, aku kira kini bukan lagi masa untuk mengikut liuk lentok sang2 buih yang lain? Kini sudah tiba masanya untuk kita berubah dari menjadi buih kepada benda yang lebih gagah dan perkasa. Kini sudah tiba masa untuk kita membuat persediaan bagi menghadapi mati. Bukan masa mengejar dunia lantas melupakan ukhrawi. oleh itu…BERHIJRAHLAH!!!
Wallahualam…

 

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

NOTA PENULIS: Imam Hassan Al-Banna meninggal pada umur yang sangat muda,namun jasanya pada agama lebih besar dan lebih banyak daripada umurnya,cukup baginya di usia masih muda Allah mengambil nyawanya…namun kita belum tentu umur panjang bakti pada agama masih sedikit.

sumber : http://www.kekoh.blogspot.com/

 

sumber : http://www.hmetro.com.my/

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.

Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

adui… ape nak jadi la ngan remaja ISLAM kat malaysia ni..x kire tempat..kat masjid pun jadi. hmm..ni layang mengundang bala dr ALLAH swt. kite yg baca ni jgn igt kite ni bagus sgt. amik iktibar.semoga ALLAH tetap memberi petunjuk dan hidayahnye kpd kite..amin..

wallahualam..

“Jadilah seperti batu, walau terus di hempas badai,

namun tegar bicara kebenaran” 

x semena2 aku terdetik nak buat kata2 yang agak puitis.huhu.. dan mungkin ini kata2 yg bersesuaian dengan status aku selaku seorg geologist(pengkaji batu) dan sebagai insan yg ingin menjadi dai’e d muka bumi ini.. 

aku terang la sikit dr kata2 aku kat atas ni..batu d dunia ni terus menerus mengalami proses luluhawa..namun dalam keadaan sebegitu.batu akan menceritakan semua perkara yang benar2 belaka.batu merupakan saksi yang melihat perubahan alam semesta ni sejak dahulu kala lagi. dalam mencari kebenaran tntg perkara2 lalu.pengkaji2 batu (geologist) akn mengkaji batu2 ini yang akn berbicara dengan penuh kejujuran..dan batu juga akn mngalami kitaran bermula dr bawah perut bumi dan berakhir juga di bawah sana..dan andai berpeluang akn kembali dengan komposisi yg same ke muka bumi. tu sedikit tntg batu..aku nak relate sikit ngan kehidupan kte d dunia selari dengan peranan kte dlm usaha menjadi dai’e d bumi ALLAH ni..mcm batu td..mmg kte akn di hidangkan dengan pelbagai cabaran dan halangan. namun kte perlu menguatkan keazaman untuk menyampaikan kebenaran yg ingin kte sampaikan..dan seperti batu juga kte bermula dr tanah dan akn kembali ke dalam tanah jugak. yang bezanye..batu akn kembali ke muka bumi mengikut kitarannya..


dan batu terdapat pelbagai jenis..batu yg bernilai dan menjadi keinginan ramai insan adalah batu permata. batu permata ni ade macam2 jenis. ade intan,zamrud,ruby dll. batu permata ni amat2 keras kalau d kelaskan dlm skala mohs berada pada nilai 7 – 10..mmg keras la tu..dan batu permata ini akn tahan dengan luluhawa yg berlaku d sekitarnya. pasal tu batu permata ni amat bernilai d pasaran.dan batu pemata yg paling tahan dan keras adalah intan..dalam nilai 10 dlm skala mohs. jd sy mengajak diri sy dan sahabat2 len untuk menjadi intan ataupun jenis2 batu permata yang lain.yang keras dan tahan luluhawa namun masih tetap menceritakan tntg perkara2 benar. bersam kita menjadi insan yg tetap menyampaikan kebenaran walaupun d sajikan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi..so ape lg permata2 ISLAM??? do ur job!!! wallahualam..

by:ikutsukaati.blogspot.com

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iluvislam.com + discover the beauty of islam.

Malas toi r pose….

malas toi aku nak puasa…

puasa…ape kite rase time pose ni??nak wat kerja2 berat nak ke?nak bersukan?huishhh…penat tu..nak pegi kelas jalan kaki?mals giler…nak daki tangga kolej ibu zain??hadui…rase macam nak berbuka je…ni la keluhan yang kite dengar..bile pose ni..tido memang best..perut kosong..memang nyenyak r tido…

nak kongsi 1 cerita….

tentang hamid bourguiba..sahabat2 kenal??

die ni la tokoh islam yang tersohor…haha..cet..sebenarnye die ni la presiden tunisia 1957 hingga 1987. pada tahun 1961 die dah buat 1 tindakan drastik kepada penjawat awam negara die..die melarang penjawat awam diorg berpuasa!!!..nak tunjuk die ni memang betoi2 serius..die bersama kabinetnye makan lunch live kat t.v(tau pulak nak berjemaah.huhu)nak tau alasan pe yg die pakai untuk melarang penjawat awam negara die ni pose??nak ke tak aku cite je la ek??huhu.alasannye sebab dengan puasa ni menyebabkan penjawat awam negara die tak produktif..logik ke??memang tak logik..sedangkan perang badar pun berlaku time bulan ramadan kan?menang pulak tu..

kalu ikut sejarah sememangnye tak logik langsung perbuatan pak hamid tu..tapi kite kembali kepada keluhan yang kat atas td..memang kite tak boleh melawan ape yg si hamid tu ckp kalu berdasarkan situasi sekarang ni..memang umat islam tak produktif time bulan pose ni..jadi..saye menyeru diri saye n sahabat2 untuk bersama2 menangkis kate2 hamid bourguiba tu..kite buktikan umat islam sangat produktif time bulan ramadan ni..semakin rajin belajar.semakn tangkas buat kerja.semakin laju berlari..dan yang penting semakin produktif beribadah kepada ALLAH swt..

‘puasa pemangkin produktiviti berkesan’

share dari:http://ikutsukaati aku.blogspot

Santapan Rohani

Ops..Nampak macam terlampau lama aku tak update blog ni. Agak sibuk dengan perkara2 dunia sekarang ni. Maaf kepada pembaca2 blog aku yang setia (padahal takde pun). Aku seperti tak berkesempatan sangat nak update. Al Maklum la hidup bujang tanpa internet. Lain la kalau ada kalangan korang yang nak sponsor laptop beserta broadband kat aku.haha.

Seperti yang aku katakan pada entry di awal ramadan dulu aku nak ceritakan tentang tahap2 puasa berdasarkan petikan kitab ihya’ ulumuddin oleh Imam Al Ghazalli. So sekarang ni masa aku untuk menebus hutang aku tu.

Imam Al Ghazalli membahagikan puasa kepada 3 tahap :

1. Puasa awam
2. Puasa Khawwas (khas)
3. Puasa Khawasil khawwas (khusus lagi khusus)

1.Maksud puasa am ni mesti korang dah boleh agak. Nama pun awam. Ala..macam tandas awam. Siapa pun boleh masuk. Tiada pangkat. Geng2 yang puasa pada tahap ni just perut je tahan dan tekak dari lapar dan dahaga. Kalau nak lagi tepat maksudnya ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. Kira ni puasa pada tahap yang paling rendah la.

Memang tempat mengosongkan perut pun.haha

2. Puasa khas ni aku istilahkan sebagai puasa VIP.Puasa VIP ni memang advance la dari puasa awam ni. Bukan je perut je tahan. Semua anggota pun turut bertahan dari melakukan perkara2 maksiat.Orang pada tahan ni mampu menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Orang yang puasa pada tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Layanan high class

3.Puasa khas lagi khas ni aku istilahkan sebagai puasa VVIP. Orang2 pada tahap ni pula dapat menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Golongan Arbab Al Qulub ( Penyerahan hati nurani kepada ALLAH) berkata

Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.

Bertambah high class

Untuk kita mencapai tahap ketiga ni memang susah la. So kita cuba untuk mencapai pada tahap kedua ni. Imam Al Ghazalli ada juga menyatakan 6 kaedah untuk mencapai puasa tahap khusus ni. Apa lagi.. Copy je la..hehe

  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

So setelah aku ceritakan tahap2 puasa ni puasa ni. Aku mengajak korang2 semua join aku untuk memikirkan kembali di mana tahap puasa kita? Adakah mata kita masih melihat awek2 cun di jalanan? Adakah lidah kita masih mengumpat dan memburukkan orang lain? Adakah telinga kita masih mendengar perkara2 lagha? Adakah kaki kita masih berjalan ke arah kemaksiatan? Adakah tangan kita masih menaip mesej kepada insan2 ajnabi? Adakah hati kita masih teringat akan juadah berbuka? Ke teringat si dia yang kesepian? Atau teringat baju kurung yang masih belum siap untuk digayakan di pagi raya? Ahh..terlalu banyak dosa di bulan barakah ni.. Adakah kita hanya berlapar dahaga tanpa sebarang erti??

wallahualam…

Puasa??For what??

Melihat kepada keberlumbaan teman2 di Facebook yang mengucapkan selamat berpuasa kepada teman2 Facebook masing2 membuatkan aku terdetik terfikir adakah status yang kita buat tu adalah sebenar2 apa yang kita maksudkan dari penulisan status tu ataupun hanya sekadar untuk mengikut arus dan status rakan2 lain di laman sosial popular tu. Adakah kata2 selamat berpuasa dan selamat beribadah itu meresap dalam sanubari kita? Adakah kita telah memulakan langkah pertama ibadah kita seawal malam 1 Ramadan ini? Ataupun kita masih enak beronline dan mengupload gambar2 sekitar konvokesyen yang baru berlangsung?


Di sini aku ingin mencoret sikit tentang Ibadah puasa ni. Sebenarnya benda biasa je pun. Yang saban tahun kita boleh dengar pabila tibanya bulan yang dikatakan madrasah tarbiyyah ini. Mari kita lihat ayat yang digunakan oleh para ulama’ untuk mengistimbat hukum berpuasa ini..

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa ”

(Al-Baqarah :183 )

Aku nak bercakap sikit tentang ayat yang aku boldkan kat atas ni. Apa tujuan kita disyariatkan berpuasa? Bermula dengan “wahai orang2 yang beriman”. Seterusnya “diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa” dan diakhiri dengan “agar kamu sekalian bertaqwa”.

Aku cuba kaitkan dengan proses yang biasa berlaku de sekitar kita. Apa2 la.. Makan ke, buat ketul ais ke, buat kuih raya ke.. Semua mengikut resmi yang sama. Terdapat input, proses dan output. Kita bercakap tentang input terlebih dahulu. Dalam proses tarbiyah ramadan ini inputnya adalah “orang2 beriman” seperti ayat yang terdapat diatas. Bukan dikatakan orang Islam tetapi orang beriman. So kalau ada orang islam tu tak puasa tanpa keuzuran agak2 dia tu beriman tak?? Tapi aku rasa insyaallah kita semua ni tergolong dari golongan orang2 yang beriman. So dah lepas syarat untuk menjadi input dalam proses tarbiyyah Ramadan ni.

Seterusnya kita masuk pulak kepada proses yang berlaku. Proses ni mengambil masa sekitar 29 hari untuk menghasilkan output yang kita belum pasti produk gagal ataupun produk berjaya. Dalam proses ni ada 3 kategori tahap yang dikatakan mengikut Imam Al Ghazali dalam karyanya iaitu Ihya Ulumuddin. Pertama puasa umum, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khusus lagi khusus. Tentang keterangan untuk 3 kategori ni. Nanti aku cerita kat entry lain.Tungggu…. Dalam proses ni kita mendapat banyak kelebihan. Semuanya dilipatgandakan. Nak2 pulak kalau kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masyuk siot.. Dalam proses ni kalau rasa nak menjadi output yang bejaya kelak kena la mempertingkatkan ibadah. Buat la overtime sikit2. Macam2 boleh buat dari sekecil perkara sehingga sebesar2 perkara..

Now kita akan masuk kepada output yang kita harap2 kan untuk terhasil. Seperti ayat diatas output yang diharapkan adalah untuk melahirkan insan2 yang penuh ketakwaan. Sekarang apa yang kita faham tentang takwa?? Takwa dari segi bahasa dikatakan takut kepada Allah. Ada juga yang menafsirkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Seterusnya aku copy paste sikit tentang kata2 ulama’ yang berkait dengan takwa ni..

* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.

* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.

* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.

* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.

* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.

* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.

Setelah mengetahui tentang proses yang berlaku di atas ni cuba kita selidiki dan renung kembali. Setelah beberapa kali kita mengikuti proses ini sejak kecila adakah kita telah menjadi output yang berjaya? Atau kita hanya sekadar berjaya untuk merasai lapar dan dahaga? Ataupun kita hanya menanti tibanya Raya? Ke kita menanti berbuka percuma di masjid2 sekitar kita? Jadi untuk Ramadan kali ini bersama kta berusaha menuju ke arah output yang diharapkan selari dengan firman Allah seperti di atas tadi..Jangan kita hanya bersemangat di awal Ramadan ni je tapi di pertengahan kelak “habuk pun trak!!”

wallhualam…